Posts

The Latest Fashion Bag Satu Tarikan Baru di Muar.

Image
Kunjungan anda ke Bandar Muar tak akan lengkap jika hanya beriadah di sekitar Dataran Tanjung Mas, menyelusuri tenangnya Sungai Muar, bernostalgia di Kompleks Darurat Bukit Kepong atau menikmati makanan unik Muar seperti rojak petis,cendol,lontong satay dan kerangupan mee siput, di sebalik bangunan-bangunan lama yang menjadi ikonik bandar Muar, terdapat sebuah butik beg wanita yang terbesar di Muar dan menjadi satu lokasi baru yang wajib dikunjungi oleh para pelancong. Butik beg wanita terbesar di Muar ini adalah hasil ilham usahawan Melayu yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Diinspirasikan dari sebuah butik beg terbesar di Kota Bandung, Indonesia iaitu Terminal Tas, pengusahanya mencuba mengaplikasikan idea ini di Muar, Johor. Bandar Muar telah diiktiraf sebagai Bandar Di Raja, dan mendapat jolokkan sebagai Bandar Maharani sempena bandar kesayangan Permaisuri Johor, iaitu almarhumah Sultanah Fatimah. Bersesuaian dengan gelaran Bandar Maharani itu, pengusaha butik in...

The Latest Fashion Bag, Butik Beg Wanita Terbesar di Muar

Image
Butik The Latest Fashion Bag ini mula dibuka kepada orang ramai pada 23 Februari 2019. Lokasinya berada di alamat, No 47-49, Jalan Perniagaan Jaya 3, Pusat Perniagaan Mas Jaya, 84000, Jalan Salleh, Muar. Ia berhadapan dengan tapak parking pasaraya TF Value Mart. The Latest Fashion Bag dibuka pada setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Butik indah bernuansa dinding biru muda ini dihiasi dengan pancaran lampu limpah bermentol kuning dan putih menjadikan suasana di dalamnya sangat terang dan tampak bercahaya dari luar. Perasaan nyaman dan selesa mula dirasai setiap kali melangkah masuk ke butik The Latest Fashion Bag ini kerana ia dilengkapi dengan empat buah penghawa dingin yang memberikan kesegaran udara pada setiap sudut ruang. Para pelanggan akan berasa selesa dan teruja untuk terus menyusuri setiap ruang pameran di butik ini kerana butik ini dilengkapi dengan alunan muzik yang sungguh menenangkan. Para pembantu jualan di butik ini sentiasa bersedia untu...

Promosi Belian Kali Kedua Oleh The Latest Fashion Bag

Image
Promosi Belian The Latest Fashion Bag yang kedua telah selesai dijalankan pada 23 Mac 2019 - 31 Mac 2019 sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan minggu cuti persekolahan. Satu set Kerongsang Korea Premium diberikan percuma dengan setiap pembelian bernilai RM39 pada promosi belian kali ini. Sebanyak hampir 200 kotak set kerongsang berjaya diberikan kepada semua pelanggan yang membuat pembelian di sepanjang minggu tersebut. The Latest Fashion Bag sangat menghargai sokongan padu pelanggan-pelanggan dan mengucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada Grup-grup Komniti di Facebook dan Media Sosial kerana turut sama menjayakan Promosi Belian ini. 

The Latest Fashion Bag & Tourism Muar

Image
Selain daripada pelbagai rangka promosi yang dilakukan untuk memperkenalkan The Latest Fashion Bag di kalangan penduduk setempat dan para pelanggan sasaran, kami juga telah mendaftarkan butik ini dengan Persatuan Pelancongan, Sejarah, Warisan Kebudayaan Muar dan juga Persatuan Pelancongan Muar atau Muar Tourism supaya dapat menarik kedatangan pelancong dari dalam dan juga luar negara. Hasil usaha ini butik The Latest Fashion Bag telah menerima lawatan pelancong yang pertama dari negara Itali. Untuk menarik lebih ramai pelancong yang datang ke butik ini kami sedang berusaha mewujudkan sebuah galeri tentang sejarah asal-usul kedatangan beg ke Malaysia, asal-usul beg dari zaman permulaan peradaban manusia, fesyen beg pada zaman peperangan Dunia Kedua hinggalah ke zaman moden iaitu beg yang terkini.