The Latest Fashion Bag, Butik Beg Wanita Terbesar di Muar
Butik The Latest Fashion Bag ini mula dibuka kepada orang ramai pada 23 Februari 2019. Lokasinya berada di alamat, No 47-49, Jalan Perniagaan Jaya 3, Pusat Perniagaan Mas Jaya, 84000, Jalan Salleh, Muar. Ia berhadapan dengan tapak parking pasaraya TF Value Mart. The Latest Fashion Bag dibuka pada setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Butik indah bernuansa dinding biru muda ini dihiasi dengan pancaran lampu limpah bermentol kuning dan putih menjadikan suasana di dalamnya sangat terang dan tampak bercahaya dari luar. Perasaan nyaman dan selesa mula dirasai setiap kali melangkah masuk ke butik The Latest Fashion Bag ini kerana ia dilengkapi dengan empat buah penghawa dingin yang memberikan kesegaran udara pada setiap sudut ruang. Para pelanggan akan berasa selesa dan teruja untuk terus menyusuri setiap ruang pameran di butik ini kerana butik ini dilengkapi dengan alunan muzik yang sungguh menenangkan. Para pembantu jualan di butik ini sentiasa bersedia untu...