The Latest Fashion Bag, Butik Beg Wanita Terbesar di Muar
Butik The Latest Fashion Bag ini mula dibuka kepada orang ramai pada 23 Februari 2019. Lokasinya berada di alamat, No 47-49, Jalan Perniagaan Jaya 3, Pusat Perniagaan Mas Jaya, 84000, Jalan Salleh, Muar. Ia berhadapan dengan tapak parking pasaraya TF Value Mart.
The Latest Fashion Bag dibuka pada setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Butik indah bernuansa dinding biru muda ini dihiasi dengan pancaran lampu limpah bermentol kuning dan putih menjadikan suasana di dalamnya sangat terang dan tampak bercahaya dari luar.
Perasaan nyaman dan selesa mula dirasai setiap kali melangkah masuk ke butik The Latest Fashion Bag ini kerana ia dilengkapi dengan empat buah penghawa dingin yang memberikan kesegaran udara pada setiap sudut ruang. Para pelanggan akan berasa selesa dan teruja untuk terus menyusuri setiap ruang pameran di butik ini kerana butik ini dilengkapi dengan alunan muzik yang sungguh menenangkan. Para pembantu jualan di butik ini sentiasa bersedia untuk melayani anda, menjadikan butik ini sangat eksklusif untuk anda sentiasa kunjungi.
Butik ini terbahagi kepada banyak seksyen dan ruang, salah satu diantaranya adalah ruangan untuk kanak-kanak dan kerusi panjang untuk tetamu berehat. Kemudahan ini disediakan untuk para tetamu menunggu pasangan dan keluarga mereka membeli-belah di butik ini. Terdapat 3 ruang disediakan untuk tetamu duduk dan berehat sambil membeli-belah di butik yang indah dan sangat selesa ini.
Terdapat lebih dari 1000 jenis Fashion Bag dimuatkan di dalam butik ini dan disusun cantik di atas 55 buah rak pameran yang tampak mewah. Kekemasan susunan, susun atur dan kaedah memperagakan beg sangat ditekankan di dalam pengurusan butik ini. Tidak hairanlah butik ini menjadi butik beg wanita paling terbesar di Muar dan sangat memukau ramai wanita yang berkunjung ke sini. Rata-rata mereka rambang mata dengan semua Fashion Bag yang dijual di The Latest Fashion Bag ini.
Selain pelabagai jenis Fashion Bag yang terbaru dan menarik, rantai kunci terkini atau Adorable Bag's Charm juga dijual di sini. Terdapat lebih dari 100 jenis pilihan rantai kunci yang terbaru di pasaran untuk dijadikan penghias kunci atau beg anda.
Terdapat juga seksyen yang mempamirkan beg untuk kanak-kanak dan pelbagai bentuk beg pakaian.
Berkunjunglah ke The Latest Fashion Bag untuk merasai sendiri keterujaan membeli-belah atau cuci mata di butik serba mewah ini. Anda pasti terpegun dan rambang mata dengan pilihan Fashion Bag yang tersedia, sesuai dengan slogannya The Latest Fashion Bag, We do the best, we bring the latest.
























Comments
Post a Comment