The Latest Fashion Bag Satu Tarikan Baru di Muar.
Butik beg wanita terbesar di Muar ini adalah hasil ilham usahawan Melayu yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Diinspirasikan dari sebuah butik beg terbesar di Kota Bandung, Indonesia iaitu Terminal Tas, pengusahanya mencuba mengaplikasikan idea ini di Muar, Johor.
Bandar Muar telah diiktiraf sebagai Bandar Di Raja, dan mendapat jolokkan sebagai Bandar Maharani sempena bandar kesayangan Permaisuri Johor, iaitu almarhumah Sultanah Fatimah. Bersesuaian dengan gelaran Bandar Maharani itu, pengusaha butik ini mewujudkan sebuah pusat jualan yang memfokuskan pengkhususan beg wanita.
Sesuai dengan namanya The Latest Fashion Bag, butik ini memasarkan pelbagai rekaan Fashion Bag yang paling terbaru yang didatangkan dari pelbagai negara-negara pengeluarnya termasuk China, Korea, Indonesia dan juga Thailand.
Anda pasti terpegun, rambang mata dan mengambil masa yang sangat lama untuk membuat pilihan di butik ini kerana butik ini mempamerkan lebih 1000 buah jenis Fashion Bag yang sangat cantik dan moden.
Anda jangan ragu-ragu untuk melangkahkan kaki masuk ke butik ini, kerana pengusahanya memang menginginkan konsep sebuah butik yang sangat indah, moden dan selesa, namun begitu harga beg-beg yang ditawarkan kepada para pengunjung adalah sangat murah dan mampu milik.
Rata-rata pelanggan yang berkunjung mengakui setiap Fashion Bag yang dipamerkan adalah rekaan terbaru dan pengusahanya sangat pantas mengejar setiap perubahan Fashion Bag. Mereka sangat jarang menjual rekaan jenis yang sama berulang-ulang, membuatkan pameran Fashion Bag mereka sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa.
Selamat berkunjung ke butik beg wanita terbesar di Muar ini yang berlokasi di:
THE LATEST FASHION BAG
No 47-49,
Jalan Perniagaan Jaya 3,
Pusat Perniagaan Mas Jaya,
84000,
Jalan Salleh,
Muar.
(Hadapan Pasaraya TF Value Mart)
Waktu urusniaga bermula dari 10 pagi-10 malam dan dibuka setiap hari tanpa cuti.





















Comments
Post a Comment