The Latest Fashion Bag & Tourism Muar
Selain daripada pelbagai rangka promosi yang dilakukan untuk memperkenalkan The Latest Fashion Bag di kalangan penduduk setempat dan para pelanggan sasaran, kami juga telah mendaftarkan butik ini dengan Persatuan Pelancongan, Sejarah, Warisan Kebudayaan Muar dan juga Persatuan Pelancongan Muar atau Muar Tourism supaya dapat menarik kedatangan pelancong dari dalam dan juga luar negara.
Hasil usaha ini butik The Latest Fashion Bag telah menerima lawatan pelancong yang pertama dari negara Itali.
Untuk menarik lebih ramai pelancong yang datang ke butik ini kami sedang berusaha mewujudkan sebuah galeri tentang sejarah asal-usul kedatangan beg ke Malaysia, asal-usul beg dari zaman permulaan peradaban manusia, fesyen beg pada zaman peperangan Dunia Kedua hinggalah ke zaman moden iaitu beg yang terkini.



Comments
Post a Comment